Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri Pesawah rugi RM33,000 ditipu scammer

Pesawah rugi RM33,000 ditipu scammer

oleh Ammar Haziq

Mangsa Lelaki merupakan seorang pesawah yang berusia 37 tahun telah mengalami kerugian sebanyak RM 30,000 setelah menerima panggilan daripada individü yang menyamar sebagai Pegawai LHDN cawangan Cyberjaya pada 29 November 2020.


Mangsa sudah berkahwin dan berasal dari Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. Mangsa telah dihubungi oleh saspek memperkenalkan diri sebagai Encik Khairul Anwar yang mengaku sebagai Pegawai LHDN cawangan Cyberjaya dan memberitahu mangsa mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM 39,800.90 di mana nama mangsa dipercayai telah disalahgunakan oleh individü lain dalam pendaftaran sebuah syarikat di Kuantan, Pahang.


Seterusnya, talian telefon mangsa disambungkan kepada rakan sindiket yang menyamar sebagai anggota Polis Kuantan untuk şiasatan lanjut. Suspek telah menyoal siasat mangsa dan memaklumkan kepada mangsa kononnya mangsa şecara tidak langsung terlibat dalam kegiatan penyelewengan wang serta sindiket dadah.

Bagi mengelakkan akaun bank mangsa dibekukan, suspek mengarahkan mangsa memindahkan semua wang yang terdapat dalam tiga akaun bank mangsa kepada satu akaun bank sahaja dan meminta mangsa memberikan nombor akaun bank, nombor kad debit, dan butiran perbankan milik mangsa.
Penipuan ini mula dişedari oleh mangsa apabila semakan akaun bank dibuat dan mendapati wang berjumlah RM 30,000 di dalam akaun bank milik mangsa telah dipindahkan kepada akaun pihak ketiga.


Mangsa telah membuat laporan polis di Sungai Petani pada 29 November 2020. Satü kertas şiasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu).


PDRM Kedah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan mudah percaya dengan panggilan-panggilan yang diterima terutama mengaku dari agensi-agensi Kerajaan seperti pihak Mahkamah, LHDN, PDRM, KASTAM atau dari pihak bank yang meminta maklumat akaun bank bagi tujuan siasatan atau lain-lain tujuan kerana “sindiket jenayah” selalu menggunakan “Modus Operandi” (MO) sedemikian untuk tujuan penyamaran dan menipu mangsa-mangsa.

Sekian, terima kasih.
ELIAS OMAR (SUPT)

KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KEDAH30 NOVEMBER 2020

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com