POKOK SENA – Pasaraya Econsave Cawangan Pokok Sena menceriakan 30 pelajar daripada keluarga fakir miskin dari Taman Pertama, Kampung Bukit Lala, Kampung Batu 14 dan Kampung Pecah Gadong dengan memberikan sumbangan persiapan persekolahan bagi tahun 2021.
Pengurus Besar Econsave Utara, Zamzuri Mansor berkata, sumbangan ini diharapkan sedikit-sebanyak dapat meringankan beban keluarga pelajar tersebut.
“Sumbangan yang dihulurkan adalah bagi membantu 30 orang anak-anak dari keluarga fakir miskin di kawasan Pokok Sena iaitu dari Taman Pertama, Kg. Bukit Lala, Kg. Batu 14 dan Kg. Pecah Gadong.
“Antara barang keperluan yang disumbangkan adalah set persiapan barangan sekolah, set alat tulis, dan barang keperluan yang lain,”katanya dalam satu kenyataan.