Adat Dan Resam Berpolitik
1. Walaupun satu keluarga besar isteri / suami abang dan isteri / suami adik tetap ada peraturan. Kalau asyik mahu bertukar isteri atau suami apa nak jadi ?
2. Demikian juga dengan keluarga besar mana-mana gabungan parti-parti politik. Setiap parti dan ahli-ahli ada peraturan, batas-batas serta kesepakatan yang mesti dijaga dan dihormati.
3. Dalam ikatan suami isteri yang sah dan telah berjanji sehidup semati pun kadangkala berlaku salah faham, pertelingkahan dan pergaduhan. Di sana ada syariat, hukum hakam yang memandu pasangan suami isteri dalam apa situasi sekali pun. Ada masalah yang dapat diselesaikan dengan perundingan, engagement dan muafakat tolak ansur. Sekiranya tiada lagi jalan keluar, maka syariat mengizinkan penceraian berlaku.
4. Demikian juga adat dalam bermain politik, berparti tetap akan ada cabaran dan gelora. Pimpinan dan ahli-ahli akan dipandu oleh peraturan, keputusan mesyuarat dan perjanjian-perjanjian yang dimuktamadkan. Bila berlaku perselisihan faham atau ketidak puasan hati, ahli-ahli punya hak demokrasi untuk membuat keputusan sendiri. Walaupun pahit dan menyakitkan, tindakan keluar parti dan menyertai parti lain adalah warna warni dunia politik.
5. Sebagai Timbalan Presiden dan sahabat kepada ketiga-tiga ahli YB Amanah yang telah menyertai parti rakan kita, saya bersama Presiden telah mengambil tindakan yang sewajarnya dan sebaiknya mendampingi mereka. Sesi minum kopi dan pertemuan mesra telah kami lakukan. Saya sendiri telah mengadakan pertemuan peribadi dan memberikan pandangan serta nasihat sebagai sahabat seperjuangan. Namun, akhirnya mereka membuat pilihan untuk kepentingan masa depan mereka. Itu hak yang saya hormati.
6. Namun pengalaman sebagai pemimpin parti, saya mengakui ada ruang kelemahan parti yang mengundang keputusan nekad mereka dan ada lompang kelemahan diri yang sukar untuk diakui. Seperti berlaku perpisahan tragik rumahtangga mesti ada sebab musabab kedua pihak. It takes two to tango.
7. Kepada sahabat kita YB Hj Khairuddin, Hj Mohd Said dan YB Dr Faizol, saya bagi pihak parti Amanah mengucapkan terima kasih atas jasa dan sumbangan anda semua pada Amanah. Saya mendoakan yang terbaik untuk anda bertiga dalam melayari bahtera baru dan kita akan terus menjalin silaturahim. Percayalah, there are no permanent friends and enemies in politics .
Begitulah adat dan aturan berpolitik.
Sirru ‘ala barokatillah.
SALAHUDDIN AYUB, Timbalan Presiden Amanah, 28 Februari 2021
Link : https://www.facebook.com/239023542869472/posts/3425267390911722/