Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Econsave bantu ibu tunggal, orang kurang upaya sempena Ramadan

Econsave bantu ibu tunggal, orang kurang upaya sempena Ramadan

oleh Ammar Haziq
Salim (dua kanan) hadir menyampaikan sumbangan oleh Econsave di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Bukit Lada pada Sabtu. Hadir sama Zamzuri (tengah).

POKOK SENA – Sebanyak 25 ibu tunggal dan 25 orang kurang upaya dari kawasan Bukit Lada menerima bantuan sumbangan daripada Econsave bagi meringankan beban mereka sempena kehadiran bulan Ramadan.

Pengurus Besar Econsave Zon Utara 1, Zamzuri Mansor berkata, antara barang keperluan yang disumbangkan adalah beras, gula, minyak masak dan biskut.

Menurutnya, usaha itu dilakukan dengan kerjasama Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Bukit Lada bagi menyantuni golongan yang memerlukan perhatian.

Turut hadir dan menyampaikan bantuan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Salim Mahmood Al-Hafiz

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com