Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Sanusi umum RM1,000 bantuan khas Aidilfitri 2021 penjawat awam Kedah

Sanusi umum RM1,000 bantuan khas Aidilfitri 2021 penjawat awam Kedah

oleh Ammar Haziq
Muhammad Sanusi Md Nor

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan pemberian bantuan khas Aidilfitri 2021 sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam termasuk lantikan kontrak di negeri ini.

Menurutnya, pemberian tersebut adalah untuk menghargai 5,300 kakitangan awam di negeri ini yang membabitkan bantuan sebanyak RM5.3 juta dan bayaran bantuan akan dibuat sebelum sambutan hari raya Aidilfitri.

“Pemberian tersebut bagi menghargai jasa dan pengorbanan semua kakitangan awam di negeri ini yang sudah bekerja keras sejak sekian lama,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman pada Rabu.

Mengulat lanjut, Muhammad Sanusi berkata, pemberian bantuan khas ini adalah disebabkan oleh peningkatan kutipan hasil sebanyak RM100 juta bagi suku pertama tahun 2021.

“Kutipan hasil pada tahun ini bagi suku pertama adalah sebanyak RM219 juta berbanding RM109 juta bagi tempoh sama iaitu Januari hingga April,”ujarnya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com