Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Kerajaan Kedah didakwa gagal pelihara rakyat dari Covid-19

Kerajaan Kedah didakwa gagal pelihara rakyat dari Covid-19

oleh Ammar Haziq
Ahmad Shauqie

Dalam masa seminggu ini,banyak pengumuman besar berlaku di Kedah. Antaranya ialah,Unit Penerangan Darul Aman (UPDA) dengan takburnya mengumumkan kononnya kejayaan pentadbiran MB Sanusi membawa pelaburan berbilion-billion (tidak termasuk pula REE yang bertrillion nilainya) ke negeri Kedah. Kemudian dengan tidak semena menanya,Menteri MCA umumkan yang daerah Yan bakal menjadi sebuah kawasan pelabuhan Persekutuan.

Sebagai rakyat Kedah,kita tidak langsung terkesima dengan pengumuman-pengumuman ini. Dengan keadaan ekonomi dunia yang meleset,Malaysia pula yang masih di bawah perintah darurat,kita percaya ia tidaklah mudah untuk dilaksanakan. Memburukkan lagi keadaan ialah,hari ini telah tercatatnya 1 rekod baru iaitu 445 kes Covid 19 untuk di negeri Kedah sahaja. Tidak dapat tidak,kita merasakan bahawa sebenarnya Kerajaan PN Kedah hari ini sedang melakar sebuah pentadbiran yang gagal terutama sekali di dalam menjaga dan memelihara rakyatnya dari pandemik merbahaya ini.

Antara faktor-faktor yang akan menyumbang kepada kegagalan ini ialah:

  1. Kerajaan Negeri tidak berusaha mengadakan Saringan Covid 19 Percuma untuk seluruh rakyatnya seperti yang dibuat oleh Selangor.
  2. Kerajaan Negeri tidak langsung berniat atau mencuba untuk mendapatkan sendiri apa-apa jenis vaksin sekalipun untuk rakyat di negeri Kedah.
  3. Kerajaan Negeri tidak langsung menyediakan Pelan Ekonomi Jangka Pendek dan Panjang untuk menyelamatkan ekonomi peniaga-peniaga kecil dan sederhana yang kebanyakkannya sudah dan sedang gulung tikar. Contoh nyata ialah adakah Kerajaan Negeri telah membantu para peniaga bazar yang mengalami kerugian besar akibat perubahan keputusan Kerajaan Pusat yang tidak membenarkan mereka berniaga di penghujung bulan Ramadhan yang lalu?
  4. Kerajaan Negeri tidak serius dalam mencari kaedah untuk memastikan lebih ramai rakyatnya mendaftar untuk mengambil vaksin. Difahamkan setakat ini hanya 35% dari sasaran 80% Sasaran Imuniti Kelompok rakyat Kedah yang telah mendaftar. Angka ini sangatlah rendah dan membimbangkan.
  5. Kerajaan Negeri tidak memperincikan data yang tepat kepada rakyatnya. Sebagai contoh,dari jumlah keseluruhan frontliners di Kedah termasuklah para guru,berapa ramaikah yang sudah mendapat dos yang pertama? Berapa pula yang belum dan bila bakinya akan selesai divaksinkan?
  6. Sebagai sebuah Negeri yang mempunyai antara bilangan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Pondok  yang terbanyak di Malaysia,Kerajaan Negeri seperti tidak mempunyai pelan pengupayaan yang komprehensif terutama sekali di dalam tempoh yang getir ini sehinggakan ada sekolah yang tidak lagi mampu membayar gaji guru. Ada juga guru yang terpaksa diberhentikan atau diberikan cuti tanpa gaji kerana pihak sekolah sangat terkesan dengan penularan wabak Covid 19. Sepatutnya Kerajaan Negeri sudah mempunyai satu pelan tindakan yang khusus dan efisien bagi membantu sekolah-sekolah ini dapat beroperasi dengan baik dalam tempoh yang sukar ini.
  7. Kerajaan Negeri juga tidak tegas dalam membasmi penularan wabak Covid 19 di sekolah-sekolah Agama dan Pondok terutamanya yang tidak berdaftar dengn Kerajaan Negeri. Mengapa Kerajaan Negeri tidak membuat 1 program saringan percuma yang khusus kepada para guru dan pelajar yang termasuk di dalam kategori ini?
  8. Kerajaan Negeri tidak mempunyai malah tidak menerangkan pun apakah perancangan utama atau ‘masterplan’ kepada rakyatnya tentang usaha khusus melawan Covid 19 di Kedah. Ini membuatkan rakyat menjadi tertanya-tanya mengenai banyak perkara.
  9. Kerajaan Negeri tidak pula mengadakan larangan atau menghadkan rakyatnya dari berkumpul di gedung-gedung membeli belah sebelum dan selepas hari Raya Aidilfitri,sedangkan jumlah kehadiran ke masjid dan surau pula ditetapkan malah terpaksa mengikut SOP yang sangat ketat.

Sebenarnya kita di Kedah berasa agak pelik. Rakyat sebenarnya minta dibantu. Kita tidak pun minta yang bukan-bukan pada masa genting sebegini.

Contohnya,ada ka nelayan di daerah Yan yang sampai berdemo meminta dibina pelabuhan? Atau sebenarnya ada pihak tertentu yang sedang bergembira bila ianya diluluskan? Rakyat di Jerlun tanya bila boleh masuk rumah PPR yang dah lama siap. Kerajaan Negeri boleh jawab kena tunggu lagi. Kenapa? Kalau MB dan Ketua Menteri di negeri lain sibuk umum lagi bantuan khas Covid 19 kepada rakyatnya,MB Kedah hari ni buat lawak apa pulak ya?

Sudah pasti Kerajaan Negeri pimpinan YB Sanusi mempunyai 1001 alasan bagi menjawab perkara-perkara diatas. Terpulanglah kepada rakyat Kedah untuk menilainya.

Ahmad Shauqie bin Dato’ Murshid Diraja Syeikh Muhamad Baderudin
Ketua PEJUANG Muda (Penaja) Kedah.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com