Sunday, 5, May, 2024
Utama Negeri Pemuda Pas Kedah ingatkan Ramasamy jangan jadi pelampau dalam negara

Pemuda Pas Kedah ingatkan Ramasamy jangan jadi pelampau dalam negara

oleh Ammar Haziq

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
5 Disember 2020 | Sabtu

PEMIMPIN DAP P. RAMASAMY JANGAN JADI PELAMPAU DALAM NEGARA

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menganggap tuduhan pemimpin DAP, P. Ramasamy Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dalam isu perobohan kuil Hindu yang dituduh kepada YAB Menteri Besar Negeri Kedah sebagai satu tuduhan yang melampau dan berbaur provokatif.

P. Ramasamy mengeluarkan kenyataan ini di media sosialnya (facebook) pada 4 Disember 2020 bertujuan menyokong kenyataan Presiden MIC yang mendesak YAB Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor untuk meletakkan jawatan atas alasan tiada peruntukan bantuan untuk kuil India serta tindakan kejam Kerajaan Kedah merobohkan kuil yang berusia ratusan tahun.

Suka untuk kami mengingatkan bahawa setiap kuil yang dibina memiliki rekod bila ianya dibina, dan di atas tanah siapa ianya dibina.

Juga perlu diketahui Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan Parit dan Bangunan (Akta 133) yang dituduh rasis dan melampau agama itu tidak hanya dikuatkuasakan kepada kuil hindu,bila berkuatkuasa ke atas semua struktur, binaan dan hadangan yang tidak diluluskan.

Misalnya di Taman Bersatu itu, bukan kuil itu sahaja dirobohkan, malah gelanggang silat juga telah dirobohkan di bawah Akta yang sama dalam masa yang sama.

DAP memilih bersuara hanya bagi pihak kuil bukan meliputi semua kaum. DAP juga perlu bersuara bagi semua kes perobohan di Alor Setar yang melibatkan gerai, parkir kereta, setor, pagar, dapur, bangsal dan sebagainya.

Mengapa hanya pilih isu perkauman untuk berkokok? Siapa sebenarnya rasis?.

Kerajaan Negeri Kedah tidak mentadbir umpama menyapu habuk ke bawah karpet. Bangunan haram atau tidak mengikut spesifikasi perlu diteliti dan melalui proses undang-undang.

Kenapa MIC dan DAP tidak bersuara tentang gelanggang silat di pinggir kuil itu?. Dalam banyak kenyataan media Menteri Besar telah berulang menyatakan bahawa, para pemimpin politik di negara kita harus bertindak sebagai pendamai, penjaga keharmonian dan tataatur selari dengan undang-undang dan peraturan.

Pemimpin DAP jangan jadi pelampau dengan mengenepikan fakta, undang-undang dan kebenaran serta keadilan semata-mata mahu menjadi hero kaum dan keuntungan politik sempit.

Yang Benar,

Ustaz Nurul Amin Bin Hamid
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com