KENYATAAN MEDIA, 20 JUN 2021
Saya ingin mengumumkan mengenai hasrat Kerajaan Negeri yang akan membuka
semula sektor pelancongan domestik khususnya di Pulau Langkawi menjelang
November 2021.
Ini selari dengan pengumuman Menteri Pelancongan Malaysia pada
14 Jun 2021 supaya lebih banyak pihak yang terbabit dalam industri pelancongan
(subsektor) dapat divaksinasi secara besar-besaran bagi mencapai status imuniti
kelompok sekurang-kurangnya 70% agar sektor pelancongan dapat dibuka semula.
Dan Langkawi antara yang akan diberi keutamaan menurut Menteri untuk
mendapatkan status imuniti kelompok.
Kerajaan Persekutuan juga di dalam Pelan Pemulihan Negara ada
mempertimbangkan untuk membenarkan pergerakan rentas negeri di dalam Fasa
Ke-4 Pelan Pemulihan Negara bergantung kepada perkembangan semasa kes
jangkitan Covid-19 pada waktu itu.
Populasi penduduk Langkawi ketika ini ialah 111,500 orang di mana jumlah yang
layak dah telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin ialah 76,400 orang. Ini
memerlukan sekurang-kurangnya 30,530 jumlah penduduk yang telah disuntik
vaksin bagi mencapai tahap imuniti kelompok mengikut sasaran pada September
2021 dan seterusnya dapat menyakinkan orang ramai khususnya pelancong yang
telah divaksin yang akan berkunjung ke sini kelak.
Oleh itu pihak Kementerian Pelancongan Malaysia bersama agensi seperti KKM,
MKN dan juga Kerajaan Negeri akan mengembleng tenaga dan usaha mengikut garis
masa yang ditetapkan bagi mencapai maksud ini terutama dari segi menyediakan
lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu atau menyediakan
khidmat pemberian vaksin dari rumah ke rumah.
Garis masa kempen ini adalah seperti berikut :
28 Mei – 10 Jun 2021 : Tourism Player Involvement
11 Jun – 26 Julai : Community Awareness
27 Julai – 10 Ogos 2021 : Marketing Campaign
Ogos : Travel Bubble Lobbying
Kita seharusnya dalam pengetahuan dan penuh sedar bahawa pemain industri
tempatan telah sekian lama tenat dan sentiasa mengharapkan agar sektor ini dapat
dibuka semula walaupun dengan SOP yang ketat. Pembukaan semula industri
pelancongan dapat mengimbangi kerugian dan sekaligus dapat meningkatkan
semula pendapatan mereka yang terjejas.
Oleh itu saya menyeru kepada semua pihak agar bersama-sama berjuang ke arah
matlamat ini, sentiasa mematuhi SOP dan segera mendaftar bagi mendapatkan
vaksin bagi yang belum mendaftar. Kejayaan usaha ini tentunya bergantung juga
kepada bilangan kes Covid19 pada waktu itu.
YB TUAN MOHD FIRDAUS BIN AHMAD
EXCO PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI KEDAH