Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri PKPD : Pemuda Pas ringankan beban UUM

PKPD : Pemuda Pas ringankan beban UUM

oleh Ammar Haziq
Nurul Amin (lima kiri) tampil menyerahkan sumbangan Pemuda Pas Kedah kepada UUM pada Sabtu.

WARGA KAMPUS UUM TERIMA BANTUAN DARI PEMUDA PAS KEDAH

SINTOK – Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah bersama beberapa NGO telah menyantuni warga Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menghulurkan sumbangan makanan kepada pelajar kampus yang tidak dapat pulang ke kampung susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuat kuasa hingga 26 Jun 2021 ini.

Ketua Pemuda Pas Kedah, Nurul Amin Hamid telah mengetuai rombongan tersebut dan menyampaikan sendiri sumbangan makanan kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM, Prof Madya Dr. Rajwani Binti Md Zain dan disaksikan oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar UUM, Prof Madya Dr. Massudi Mahmudin.

“Saya yakin dengan inisiatif ini, kita dapat membantu pihak UUM untuk menjamin keperluan makanan kepada pelajar kampus di sini,

Bukan sekadar keperluan makanan, kemudahan seperti rawatan kesihatan juga perlu ditambah,” kata Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah ketika dihubungi.

Sumbangan yang disampaikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Kedah ini turut mendapat kerjasama dari beberapa NGO seperti GAMIS Kedah, An Nasr Care, Jerlun Care, Al-Azhar Care, Othman Affan Prihatin, Khidmat Malaysia Kubang Pasu dan warga CAKNA.

Alhamdulillah, lebih dari 2067 orang pelajar UUM, 100 keluarga dan 103 orang sukarelawan dalam UUM telah berjaya mendapat manfaat dari sumbangan hari ini yang berbentuk makanan kering dan keperluan asas.

Sehubungan dengan itu, pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah juga sedang mengumpulkan dana bagi sumbangan fasa ke-2 kepada kumpulan sasaran yang memerlukan.

Sekiranya anda berhajat ingin membantu usaha kami ini, boleh hulurkan sumbangan pada akaun di bawah:

BANK ISLAM: DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
0201 1010 0093 00

(Sektor Komunikasi & Strategik,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah)

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com