Friday, 22, November, 2024
Utama Nasional Golongan profesional pohon pakej menyelamat selepas dianaktirikan oleh kerajaan

Golongan profesional pohon pakej menyelamat selepas dianaktirikan oleh kerajaan

oleh Ammar Haziq
Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri

1.Servis profesional adalah industri dengan nilai modal insan yang tinggi dan mempunyai ratusan ribu tenaga kerja di pelbagai sektor dengan hampir 100% adalah pekerja tempatan terlatih dan berkelulusan tinggi.

2.Perkhidmatan ini melibatkan rantaian ekonominya tersendiri dan kebanyakannya mempunyai akta dan garispanduan tersendiri. Perkhidmatan ini juga menyumbang kepada pelbagai perkhidmatan yang memberi impak ekonomi yang besar kepada negara.

3.Uniknya, perkhidmatan ini hanya boleh beroperasi sekiranya, keseluruhan rantaian ekonomi dapat berfungsi. Lantas peraturan dan sekatan SOP yang berkuatkuasa sekarang telah merencatkan sektor profesional ini ketahap “ground zero”

4.Justeru, Pemuda UMNO Kedah hari ini berasa terpanggil untuk mengangkat isu ini kepada perhatian kerajaan khususnya Menteri Kewangan apabila mendapat banyak keluhan daripada rakan rakan yang berkecimpung dalam sektor perkhidmatan professional ini bilamana kerajaan seolah olah ‘meminggirkan’ untung nasib golongan/kumpulan ini yang rata ratanya menjalankan firma guaman, akauntan dan arkitek dan pelbagai lagi yang kebanyakan cuma berskala SME.

5.Kumpulan perkhidmatan professional kini dilihat seperti terkeluar daripada pertimbangan kerajaan dalam pelan pemulihan negara khususnya dalam sektor ekonomi sedangkan mereka juga cukup terkesan dalam mendepani pandemik covid19.

6.Mengikut maklumat yang kami terima, sudah ada firma firma berskala SME ini yang semakin mengucup malah ada yang telah gulung tikar akibat terbeban dengan masalah modal pusingan dan pendapatan yang merosot teruk. apabila keadaan ini berlarutan maka kumpulan staf dan pekerja yang terlibat dalam sektor industri ini terpaksa dibuang kerja kerana majikan tidak mampu lagi menahan tekanan pusingan kewangan.

7.PKP separuh masak ini bukan saja mengganggu rantaian ekonomi industri ini, malah dikhuatiri akan membunuh industri ini secara perlahan. Apabila sektor industri ini mengecil, runtuh ia akan menyumbang kepada statistik jumlah pengangur, menyumbang permasalahan ekonomi keluarga dan menjejaskan stabiliti moral dan emosional rakyat.

8.Bagi ini, Pemuda UMNO Kedah berpendapat, PKP menyeluruh dgn kadar yg singkat adalah lebih baik berbanding PKP separa dengan tempoh yang lama. Sektor ini memiliki nilai yang tinggi dan amat terkesan dengan PKP yang berpanjangan. Bantuan bersasar terhadap industri amatlah penting.

9.Semalam, Perdana Menteri telah umumkan perlanjutan PKP mengikut indikator2 kpi tertentu, maka dengan jelas PKP akan berpanjangan tanpa kepastian sehingga bila? Oleh itu, kami Pemuda UMNO Kedah amat berharap dan memohon kerajaan melalui kementerian kewangan melaksanakan pakej menyelamat bagi sektor ini. Cadangan kami adalah seperti :

a)subsidi upah berdasarkan ratio gaji (bukan kadar rata spt pkp 1.0)

b) moratorium menyeluruh bagi profesional dan pekerja industri terlibat sekurang kurangnya 6 bulan.

c) subsidi utiliti 3 bulan seperti sewa, bil elektrik, internet

d) Dan yang paling utama, memberi kebenaran dan kelonggaran membuka sektor ini dengan mengutamakan SOP yang ketat. Ia amatlah penting bagi memastikan kelangsungan ekonomi.

e) Juga keutamaan bekalan vaksin bg mereka yang terlibat kerana mereka juga barisan hadapan.

10.Pemuda UMNO Kedah berpandangan, tanpa bantuan khusus dalam sektor ini, kerajaan tidaklah boleh terus menerus melanjutkan PKP ‘total lockdown’ terhadap sektor sektor tertentu seperti perkhidmatan Profesional ini kerana sektor ini bukanlah kecil, sekurang kurangnya ia melibatkan 20% sokongan terhadap kek ekonomi dan pendapatan negara.

11.Apa guna kemahiran, pengalaman dan pelaburan kerajaan selama ini jika seorang jurutera, peguam ataupun arkitek(contohnya) terpaksa merempat menagih bantuan sedangkan selama ini mereka adalah pembayar cukai kepada kerajaan!

28hb Jun 2021.

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kedah/Ketua Pemuda UMNO Alor Setar.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com