Saturday, 4, May, 2024
Utama Negeri KSM terima 1,769 aduan majikan tidak benarkan pekerja BDR

KSM terima 1,769 aduan majikan tidak benarkan pekerja BDR

oleh Ammar Haziq
Awang (dua kanan) melihat kepatuhan SOP di sebuah kantin kilang di Jitra pada hari ini.

OPERASI PEMATUHAN PKP 3.0

JITRA, KEDAH

(27 JUN 2021)

  1. Operasi pada hari ini melibatkan sebuah kilang yang menghasilkan produk jenis makanan kesihatan, penjagaan diri, kosmetik, penjagaan rumah dan sistem rawatan air;
  • Secara umumnya, kilang ini beroperasi dengan kapasiti tenaga kerja seramai 1,901 orang pekerja dan kesemuanya pekerja tempatan.
  • Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Tenaga Kerja seluruh negara masih dan akan terus melakukan penguatkuasaan, malah sehingga kini, jumlah majikan yang telah kita periksa adalah sebanyak 19,981 dan melibatkan sejumlah 108,877 buah penginapan;
  • Manakala aduan yang diterima melalui aplikasi Working for Workers (WfW) pula, jumlah aduan yang kita terima adalah sebanyak 3,737 yang merangkumi pelbagai aduan. Dan aduan berkaitan majikan tidak membenarkan pekerja BDR masih mendahului dengan sebanyak 1,769 aduan seluruh negara.

Kertas Siasatan dibawah Akta 446.

  • Sehingga hari ini, sebanyak 757 Kertas Siasatan telah dibuka di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 [Akta 446] terhadap majikan dalam pelbagai sektor yang melibatkan pelbagai kesalahan di bawah akta ini;
  • Daripada jumlah 757 ini, sebanyak 125 Kertas Siasatan telah diambil tindakan pendakwaan di Mahkamah Sesyen di seluruh negara. 55 kes pendakwaan telah selesai dengan jumlah denda dibayar sebanyak RM361,000;
  • Manakala 305 Kertas Siasatan telah dberi izin kompaun yang melibatkan tawaran kompaun berjumlah RM3,297,000 terhadap  majikan-majikan yang melakukan kesalahan di bawah Akta 446;
  • Kebanyakan kesalahan yang dilakukan ialah pelanggaran di bawah Seksyen 24D Akta 446 kerana menempatkan pekerja di penginapan tanpa perakuan daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja serta Peraturan 3 dan 4 di bawah Peraturan-peraturan Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Penginapan dan Penginapan Berpusat) 2020 iaitu tidak mematuhi kehendak minimum atau tidak menyediakan kemudahan asas kepada pekerja;
  • Hukuman bagi kesemua kesalahan yang disebutkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 bagi satu kesalahan dan kompaun bagi satu kesalahan boleh dikenakan sehingga RM25,000.

Pengkompaunan Akta 342

  1. Selain menguatkuasakan Akta 446, JTK turut diberikan amanah untuk menguatkuasakan Pematuhan Terhadap SOP PKP 3.0 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);
  2. Sepanjang penguatkuasaan Akta 342 ini, sebanyak 433 tempat pekerjaan telah diperiksa. Dari jumlah tersebut sejumlah 72 kompaun telah dikeluarkan dengan jumlah kompaun sebanyak RM613,000 yang melibatkan sebanyak 62 majikan dan 10 individu.

KEDAH

  1. Berfokus pada Negeri Kedah, sebanyak 39 Kertas Siasatan telah dibuka setakat ini. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7 telah mendapat izin dakwa dan 6 daripadanya telah selesai didakwa dengan denda berjumlah RM58,000. Manakala sejumlah 19 Kertas Siasatan telah mendapat izin kompaun dengan tawaran kompaun berjumlah RM190,000;
  1. Manakala bagi aduan WfW, Kedah menerima sejumlah 105 aduan daripada aplikasi ini dan sehingga kini, 95 (90.5%) aduan telah diambil tindakan;
  1. Dalam aspek Akta 342, sebanyak 16 premis di Kedah telah diperiksa dan telah mengeluarkan satu (1) kompaun dengan nilai RM10,000 ke atas satu (1) majikan.

Penutup

  1. KSM menyeru semua pihak khususnya pemain industri agar sentiasa berusaha untuk patuh kepada semua akta dan SOP yang dikuatkuasan bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang yang lebih tegas diambil ke atas mereka.

DATUK HAJI AWANG BIN HASHIM

TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA

27 JUN 2021

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com