POKOK SENA – Pengunjung pasar raya Econsave cawangan Pokok Sena tidak perlu risau untuk mengunjungi pusat membeli belah harian tersebut kerana 72 pekerjanya telah lengkap divaksin.
Pengurus Econsave Cawangan Pokok Sena, B Devanathan berkata, cawangan pasar raya itu antara pekerjanya yang telah lengkap divaksin dan usaha itu seiring dengan sasaran membantu negara mencapai imuniti berkelompok.
Menurutnya, pengunjung bagaimanapun masih perlu mengikuti prosedur operasi standard (sop) yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti pemakaian pelitup mulut dan juga sentiasa mengamalkan penjarakkan satu meter dengan pelanggan lain semasa berada di dalam premis tersebut.
Tambah beliau, pelanggan boleh mengunjungi pasar raya tersebut seawal jam 8 pagi dan akan ditutup pada jam 10 malam seiring dengan pematuhan Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana Kedah masih berada pada fasa kedua. – KG