Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Harap-harap tak ada yang koyak – Sanusi

Harap-harap tak ada yang koyak – Sanusi

oleh Ammar Haziq
Muhammad Sanusi

ALOR SETAR, 14 Sept. – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menzahirkan harapan agar tiada mana-mana pihak yang ‘koyak’ dengan mana-mana status dimuat naiknya di laman media sosial, Facebook.

Begitu pun katanya, jika ada yang ‘terkoyak’ dengan tindakannya itu, pihak berkenaan harus pandai-pandailah untuk menampalnya sendiri.

“Harap-harap tak ada yang koyaklah. Kalau terkoyak, pandai-pandailah tampal,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pantun terbaru dimuat naik di laman Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Pantun tersebut berbunyi: –

Kalau taku dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
Disangka ayam menang, Pak Kadok melompat bersorak
Disuruh berkokok, nak bunyi eerrkk! pun tak pandai

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi berkata, setiap hantaran dibuat di laman Facebooknya sama sekali tidak berniat untuk memecah-belahkan mana-mana pihak.

“Nak pecah belahkan siapa? Siapakah yang terpecah dan terbelah dengan pantun itu? Tak ada…

“Semua hantaran itu cuma seloka dan gurauan saja tetapi ada selit mesej-mesej dan bahan untuk berfikir,” katanya.

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi berkata, semua pihak tidak seharusnya merasa seronok kerana menang dan berdukacita kerana kalah tanpa memikirkan ibrah atau pengajaran daripada kejadian itu.

“Kena fikir dan renung balik ‘hat’ menang ni siapa, ‘hat’ kalah ni siapa? Pasal apa kita kalah dan pasal apa kita menang?” katanya. – Kedah Gazette

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com