Sunday, 24, November, 2024
Utama Sukan Harapan penaung KDA FC tak pudar walaupun sedikit terluka

Harapan penaung KDA FC tak pudar walaupun sedikit terluka

oleh Ammar Haziq
Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.

Kekalahan Kedah Darul Aman (KDA) FC 0-1 kepada Petaling Jaya City FC bagai aksi Liga Super 2022 pada Sabtu mengejutkan ramai pihak.

Penaungnya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, peluang pasukan tersebut itu untuk menang tinggi namun dikejutkan dengan keputusan yang tidak dijangkakan pada
perlawanan yang sepatutnya menang itu.

“Saya dan ramai lagi rakan-rakan penyokong KDA FC berada di Stadium Darul Aman semalam bagi menyaksikan sebuah perlawanan yang boleh menjahit sebuah kemenangan kepada Sang Kenari. Tak mudah menang tetapi keberangkalian menang adalah tinggi.

“KDA FC sememangnya dalam mood untuk bangkit semula selepas siri kekalahan. Malam semalam, KDA kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri.

“Bagi saya, Sang Kenari, sepatutnya menjadi lebih agresif dan lebih berkeyakinan serta lebih bijak memperolehi tiga mata. Inilah masanya. Harapan para penyokong setinggi Gunung Jerai,” katanya menerusi Facebooknya.

Menguasai lanjut, Ini bukan lagi perlawanan di awal musim malah sudah banyak masa diberikan untuk membentuk apa sahaja yang diperlukan bagi memberi saingan terbaik kepada setiap perlawanan tak kira siapakah lawannya.

Menurutnya, setiap pasukan memang ingin kejayaan.

“Selalunya, pasukan yang inginkan kejayaan sudah nampak kelibat dan perwatakan mereka daripada minit pertama. Semalam, PJ City nampak sangat hasrat di hati mereka bertandang ke Stadium Darul Aman. Mereka nak menang.

“Sang Kenari hilang segala-galanya. Kepantasan, tenaga, kebijaksanaan, visi, kesungguhan, keyakinan diri dan ketepatan pula memang tersasar habis,” ujarnya.

Tambahnya, KDA FC mempunyai tanggungjawab bagi menjawab banyak persoalan dalam minda Dan emosi penyokong serta penganalisis sukan.

“Semoga mereka semua mendapat kekuatan dan ketelusan hati bagi menjawab soalan-soalan kepada setiap isu performance yang diapongkan.

“Semoga Sang Kenari juga sempat merawat sayap yang patah untuk terbang tinggi hari Selasa nanti. Harapan saya tak pudar walapun sedikit luka,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com