Monday, 6, May, 2024
Utama Sukan ACL : JDT buru tiga mata ke atas BG Pathum

ACL : JDT buru tiga mata ke atas BG Pathum

oleh Ammar Haziq

Johor Darul Ta’zim (JDT) turun dengan misi untuk meraih tiga mata apabila bertemu BG Pathum pada aksi Kumpulan Piala ACL 2023 di Patum Thani Stadium pada malam Selasa.

Ketua jurulatihnya, Esteban Solari berkata, pasukan tuan rumah adalah sebuah kelab berkualiti dan JDT sudah bersedia sepenuhnya.

“Kita menentang BG Pathum untuk perlawanan kedua ACL. Mereka satu pasukan yang berkualiti. Tetapi kita juga sudah bersedia dan harapnya kita akan dapat mengalahkan mereka di atas padang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih BG Pathum, Surachai Jaturapattarapong berkata, beliau tidak mempunyai banyak pemain kerana ada yang tepaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan.

Menurutnya, mereka terpaksa melakukan penilaian saat akhir terhadap beberapa pemain sebelum perlawanan bermula.

” Kami tidak mempunyai pilihan kecuali menurunkan kesebelasan terbaik untuk mendapatkan tiga mata,”

“JDT mempunyai beberapa pemain yang pernah bermain di Thailand sebelum ini tetapi saya tidak lihat ianya akan merubah banyak dalam perlawanan. Banyak pemain dari kedua-dua pasukan pernah bertemu sesama sendiri di peringkat kelab mahupun ketika tugasan negara,” katanya.

Tambahnya, perlawanan itu akan menjadi satu aksi yang menghiburkan dari kedua-dua pasukan dan mereka berazam untuk muncul sebagai pemenang.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com