Monday, 20, May, 2024
Utama Sukan Kawalan keselamatan diperketatkan, MFL putuskan Piala Sumbangsih 2024 diteruskan

Kawalan keselamatan diperketatkan, MFL putuskan Piala Sumbangsih 2024 diteruskan

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR – Malaysian Football League (MFL) membuat keputusan meneruskan saingan Piala Sumbangsih 2024 pada Jumaat ini selepas polis memberikan jaminan kawalan ketat akan dipertingkatkan.

MFL dalam kenyataan berkata, mereka menyatakan rasa simpati dan kesal di atas insiden yang menimpa tiga pemain Liga Malaysia Akhyar Rashid (Terengganu FC), Faisal Halim (Selangor FC) dan Safiq Rahim (Johor Darul Ta’zim).

Menurutnya, jelas insiden berasingan ini menggemparkan negara khususnya penyokong bola sepak tempatan yang kini bersatu menyatakan sokongan dan mendoakan agar pemain terlibat dalam keadaan baik.

“Jaminan keselamatan kepada pemain dan penyokong bagi Perlawanan Sumbangsih di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim Jumaat ini (10 Mei 2024) telah diberikan oleh Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar.

“Beliau mengumumkan bahawa seramai 1,500 anggota polis akan dikerah untuk bertugas, termasuk membuat kawalan dan pemeriksaan ketat pada perlawanan itu berbanding hanya 500 anggota pada kebiasaannya.

“Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataan hari ini turut menyatakan bahawa persediaan keselamatan pegawai dan anggota polis akan dipertingkatkan,” katanya pada Rabu.

Justeru dengan persiapan keselamatan yang dilakukan oleh pihak Polis, MFL membuat keputusan bahawa semua perlawanan Liga Malaysia yang akan berlangsung minggu ini akan jalankan mengikut jadual termasuk Perlawanan Sumbangsih.

Dengan jaminan keselamatan oleh pihak Polis, MFL terpaksa menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan Perlawanan Sumbangsih itu atas faktor kebimbangan mengenai tahap keselamatan pasukan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com