Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Menteri KPKM sertai sesi libat urus bersama usahawan Harumanis Kodiang

Menteri KPKM sertai sesi libat urus bersama usahawan Harumanis Kodiang

oleh Ammar Haziq
Mohamad (tengah) mendengar penerangan tentang mangga harumanis yang dituai di Ladang di Kodiang, Kedah pada Ahad.

KODIANG –  Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu telah mengetuai sesi libat urus kementerian tersebut bersama usahawan Harumanis Kodiang bagi mendengar taklimat mengenai penggredan mangga Harumanis pada Ahad.

Sesi tersebut diadakan di  Kampung Pida 3, Jalan Sanglang, Kodiang, dekat sini.

Beliau turut menyampaikan bantuan yang bernilai RM252,750 yang merangkumi naik taraf Pusat Pengumpulan Ladang (PPL), pembinaan PPL baru, bantuan peralatan peserta Ladang Kontrak dan naik taraf Medan Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS).

Bantuan tersebut juga melibatkan  pelaksanan program Jualan Agro Madani bagi 120 sesi di negeri Kedah pada tahun ini di mana akan memberi manfaat kepada usahawan tani dan rakyat negeri Kedah khususnya.

Untuk rekod, keluasan bertanam mangga Harumanis di negeri Kedah sahaja adalah 58.0476 hektar iaitu bersamaan 13,261 pokok di tujuh daerah seperti Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang, Yan, Padang Terap, Pokok Sena dan Baling dengan melibatkan seramai 69 usahawan tani.

Melangkah ke hadapan, FAMA akan mengadakan karnival jualan Mangga Harumanis D’Aman di kawasan strategik sekitar Lembah Klang bagi meluaskan saiz pasaran komoditi tersebut di masa kan datang. 

Selain itu, FAMA juga akan melaksanakan pengaturan pasaran ke negeri Sabah dan Sarawak sekiranya terdapat permintaan tinggi terhadap komoditi tersebut.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com