Tuesday, 30, April, 2024
Utama Negeri Duda dua anak dituduh edar ganja

Duda dua anak dituduh edar ganja

oleh Ammar Haziq
Mohamad Ezwandy diuduh mengedar ganja seberat 21,885 gram ganja di Mahkamah Masjistret Sungai Petani pada hari ini.

SUNGAI PETANI, 11 September – Seorang duda dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan mengedar ganja seberat 21, 885 gram awal bulan ini.


Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh Mohamad Ezwandy Mohd Nasir, 33, yang bekerja sebagai pemandu van selepas kertas pertuduahan terhadapnya dibaca di hadapan Majistret Noor Fazlina Musa.


Mengikut pertuduhan, Mohamad Ezwandy didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 21,885 di sebuah rumah di Kampung Serukam Pinang Tunggal, di sini pada 4.30 petang 1 September lalu.


Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39(B)(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 kali jika didapati bersalah.


Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Nurul Badriah Mohamed Esa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Mahkamah menetapkan 13 November depan sebagai tarikh sebuatan semula sementara menunggu keputusan laporan kimia.


Terdahulu, tertuduh yang juga duda dua anak ditahan dalam serbuan di sebuah rumah 1 September lalu dan hasil pemeriksaan polis berjaya merampas 21 ketulan mampat ganja bernilai RM52,500.


Hasil siasatan mendapati suspek baru berjinak-jinak dalam aktviti pengedaran dadah dan dia berperanan sebagai ‘store keeper’ dengan menyimpan bekalan ganja dalam bilik di rumahnya.


Dalam serbuan di rumah berkenaan, polis turut menahan bapa serta sepupunya masing-masing berusia 59 dan 22 tahun namun mereka dibebaskan selepas didaapti tidak mempunyai kaitan dalam dalam aktiviti pengedaran dadah dilakukan suspek. – Kedah Gazette

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com