Friday, 19, April, 2024
Utama Negeri Sarjan didenda RM3,000 terima rasuah tiga tahun lalu

Sarjan didenda RM3,000 terima rasuah tiga tahun lalu

oleh Ammar Haziq
Tertuduh, Mohd Fitry diiringi pegawai SPRM keluar dari Mahkamah Sesyen Alor Setar selepas mengaku salah pada Isnin.

ALOR SETAR – Mahkamah Sesyen Alor Setar menjatuhkan hukuman denda RM3,000 kepada seorang anggota polis berpangkat sarjan selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan menerima rasuah RM1,500, tiga tahun lalu.

Pengakuan tersebut dibuat oleh Muhamad Fitry Ismail, 32 sebaik pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah pada isnin.

Tertuduh diperintahkan membayar denda serta-merta sepenuhnya dan jika gagal, dia diarah menjalani hukuman penjara enam bulan.

Berdasarkan pertuduhan, Muhamad Fitry melakukan kesalahan tersebut di pintu masuk utama ibu pejabat polis daerah Kubang Pasu pada 11.34 malam pada 11 November 2020.

Tertuduh menerima rasuah berjumlah RM1,500 daripada seorang lelaki yang mengetahui tindakan sedemikian berpotensi mempengaruhi tugas dan tanggungjawab rasmi polisnya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rehab Abdul Shukur pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Tertuduh diwakili peguam Mohd Khairul Hafizuddin Ramli Dan dia kemudian membayar denda yang ditetapkan serta-merta. – Kedah Gazette

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com