KANGAR – Mahkamah Majistret Kangar menolak permohonan reman terhadap seorang pendakwah bebas berkenaan kes pemalsuan gelaran ‘Datuk’ oleh individu terbabit.
Majistret, Siti Nor Hasliza Md Ali mengeluarkan penolakan perintah reman itu Peguam yang mewakili suspek, Nur Iman Nor Azmi berkata, mahkamah menolak permohonan reman tersebut dan anak guamnya berjanji memberikan kerjasama kepada polis.
Menurutnya, anak guamnya juga adalah individu yang dikenali selain tidak berpotensi untuk melarikan diri.
Terdahulu, pendakwah bebas berkenaan tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kangar, pada jam 9.30 pagi dengan diiringi anggota polis bagi mendapatkan perintah reman berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop mengesahkan mengenai penahanan suspek sebelum ini.
Menurutnya, pada 1 Mei lalu, satu hantaran menerusi laman Facebook telah dikenalpasti menggunakan gelaran dan anugerah Datuk dipercayai palsu pada laman akaun berkenaan.
Subjek telah menggunakan gelaran disyaki tidak diiktiraf dan sengaja menggunakan gelaran Datuk.
Kes disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia dan Seksyen 3(2) Akta Kesalahan yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017.
Gelaran ‘Datuk’ palsu : mahkamah tolak permohonan reman pendakwah bebas
448
Pos Sebelumnya