Friday, 22, November, 2024
Utama Nasional Jangan dengar pandangan haprak – Anwar

Jangan dengar pandangan haprak – Anwar

oleh admin

SUNGAI PETANI:Rakyat di negara ini terutama golongan usahawan desa diminta tidak mendengar pandangan ‘haprak’ pihak lain terhadap usaha kerajaan Perpaduan untuk memperkasakan ekonomi golongan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peranan agensi serta kerajaan dalam membantu rakyat boleh diukur daripada apa yang sudah dilaksanakan dan bukannya menerusi janji yang dilafazkan.

“Hari ini Karnival Usahawan Desa (KID) ini direncanakan berbulan lalu, saya minta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah) untuk memberi ruang mengangkat lagi martabat (usahawan desa) dan strategi diselarikan dengan kegiatan halal.

“Kita tahu halal ini sekarang bukan hanya di negara Islam, ia dikembangkan hingga ke negara China, Eropah dan tentunya di negara Arab, maknanya peluang memang ada.

YouTube player

“Selari kan dan dengar pandangan serta nasihat (kementerian) supaya kita dapat tingkatkan mutu pengeluaran tuntuk mendapat hasil lebih baik.

“Kita (akan) bantu…saya hendak beritahu tak mudah kita dapat menteri yang begitu prihatin, cari jalan untuk tingkatkan pendapatan desa, ambil peluang ini, jangan dengar pandangan haprak yang lain,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika melancarkan Program Mini KUD@ Sungai Petani di sini, hari ini.

Program itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata biarpun pimpinan silih berganti namun sesiapa sahaja yang memikul amanah harus menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Katanya, ekonomi desa tidak akan mampu berkembang sekiranya pemimpinnya hanya berfikir untuk ‘menyakau’.

“Nak cakap soal ekonomi desa, kalau pimpinannya dok kira nak sakau macam mana nak jaga rakyat….ada orang yang bicara tapi tak amalkan.

“Ada sekarang ini asyik caci maki hentam sindir, orang politik sindir perdana menteri kena ‘balun’ (hentam)teruk.

“Pelajar pun kena hentam sekarang.
Kita negara yang ada undang-undang ada hukum, bukan hukum belantara, ada yang boleh dan ada yang tak boleh,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com