Wednesday, 8, May, 2024
Utama Politik Sanusi tandus idea dan moral politik – Setpol Menteri Kewangan

Sanusi tandus idea dan moral politik – Setpol Menteri Kewangan

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR – Ucapan Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu ceramah di Selangor baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa beliau sasau serta ketandusan idea dan moral politik.

Setiausaha Politik (Setpol) Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, percubaan sekali lagi untuk mengalih fakta sejarah dan fitnah berbentuk serangan peribadi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bukti jelas bahawa Sanusi tidak layak untuk menjadi pemimpin yang sepatutnya mempamer nilai akhlak dan moral yang tinggi.

Menurutnya, tindakan penafian dan penyelewengan fakta dan saranan Yang Dipertuan Agong dalam pembentukan kerajaan perpaduan hari ini serta singgungan terhadap pelantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari adalah merupakan penderhakaan nyata terhadap kedaulatan institusi diraja dan raja-raja melayu.

“Fitnah yang dilemparkan terhadap PM dikhalayak umum tanpa segan silu jauh tersasar dari akhlak islamiyah yang sepatutnya dijelmakan oleh pemimpin parti yang memperjuangkan dasar Islam.

“Apakah kenyataan berunsur fitnah dan penghinaan kini sudah menjadi modal utama Sanusi untuk terus meraih sokongan politik murahan?,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, beliau menyeru masyarakat untuk menilai dengan bijaksana tindakan Menteri Besar Kedah itu. 

Menurutnya lagi, negara tidak perlukan pemimpin yang sering bercakap dengan nada yang tidak siuman dan tanpa akhlak yang baik, sebaliknya mengangkat budaya politik idea dan moral yang tinggi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com