TANAH MERAH – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemerintahan Kerajaan Perpaduan yang baru berusia lapan bulan jauh lebih baik berbanding tiga tahun pemerintahan kerajaan di bawah Perikatan Nasional (PN).
Dalam tempoh singkat itu, Perdana Menteri berkata, banyak yang sudah dilakukannya termasuk meluluskan RM1.4 bilion untuk membaik pulih tandas sekolah dan RM500 juta peruntukan segera untuk masalah air di Kelantan.
Selain itu, beliau turut meluluskan peruntukan RM200 juta untuk menaik taraf kuarters polis selepas mendapati kediaman berkenaan agak daif.
“Saya juga meluluskan peruntukan RM40 juta untuk meningkatkan infrastruktur dan fasiliti terutama kuarters petugas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di Lahad Datu memandangkan permohonan mereka dengan kerajaan sebelum ini tidak dilayan.
“Ini baru pemerintahan kita lapan bulan, macam-mana kita sudah buat dan bantu mereka yang memerlukan.
“Pemerintahan PN selama tiga tahun, apa mereka buat? Namun hari ini mereka mencaci, keji saya sebagai Perdana Menteri, macam-macam kata Anwar tipu, gelarkan saya dengan kata-kata kesat setiap kali siri ceramah mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Perpaduan MADANI Kelantan di sini, malam tadi.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi