Thursday, 21, November, 2024
Utama Umum Anwar pimpin lafaz kalimah syahadah saudara baharu

Anwar pimpin lafaz kalimah syahadah saudara baharu

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkesempatan memimpin ucapan kalimah syahadah kepada seorang lelaki yang baru memeluk Islam, hari ini.

Acara itu dijalankan di Masjid Ar-Rahimiah, Klang selepas beliau menunaikan solat jumaat bersama jemaah di sekitar kawasan itu.

Lelaki warganegara Malaysia berusia 27 tahun itu dikenali sebagai Muhamad Anwar Karthiban selepas memeluk Islam.

Terdahulu, kira-kira 1,000 jemaah teruja dapat menunaikan solat Jumaat bersama Perdana Menteri dan mengambil peluang bergambar.

Selesai bersolat, Anwar bersalaman dengan jemaah yang hadir selama 15 minit sebelum beredar dari masjid kira-kira pukul 2.24 petang.

Turut hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com