Sunday, 24, November, 2024
Utama Nasional Peruntukan tambahan perumahan PDRM dalam Belanjawan 2024

Peruntukan tambahan perumahan PDRM dalam Belanjawan 2024

oleh admin

IPOH – Kerajaan akan sedaya upaya menyediakan peruntukan tambahan untuk membaik pulih dan menyelenggara perumahan polis menerusi Belanjawan 2024 yang dibentang Oktober ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu adalah tambahan kepada peruntukan sementara RM200 juta yang diumumkan Julai lalu.

“Itu bukan untuk mengindahkan, untuk buat baik pulih yang basic. Adakah cukup? Tak cukup…. Saya tak fikir RM20, RM30 juta untuk PGA di Ulu Kinta ni cukup….tapi itulah permulaan untuk tahun ini.

“Daripada tidak ada langsung dulu kini kita adakan dan insya-Allah Belanjawan Madani bulan Oktober nanti, saya akan cuba ikhtiar dapatkan peruntukan tambahan untuk perumahan PDRM,” katanya.

Beliau berucap ketika jamuan rakyat bersama warga dan keluarga Kem PGA Ulu Kinta, di Dewan 1 Briged Utara, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Perdana Menteri mengakui bahawa hanya sekitar 60 peratus sahaja perumahan polis di seluruh negara yang boleh diduduki, manakala 40 peratus rosak.

Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan kemudahan asas kepada pasukan keselamatan yang telah banyak berkorban untuk negara.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com