Saturday, 27, April, 2024
Utama Nasional Penjara 12 tahun, denda RM210 juta buat najib kekal

Penjara 12 tahun, denda RM210 juta buat najib kekal

oleh Ammar Haziq
Najib semasa berucap di hadapan penyokongnya selepas keputusan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.

Mahkamah Persekutuan memerintahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani hukuman penjara selama 12 tahun bermula hari ini selepas rayuan akhir beliau ditolak.

Denda sebanyak RM210 Juta  juga turut dikekalkan melibatkan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Keputusan itu diumumkan oleh Panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Turut kelihatan di Mahkamah Persekutuan ialah isteri Ahli Parlimen Pekan itu, Datin Seri Rosmah Mansor bersama dua anak termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com