Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Pelajar SK Langgar Hasilkan Cop Tangan ‘Malaysia Madani’, Tekat Perpaduan Penuh Harapan

Pelajar SK Langgar Hasilkan Cop Tangan ‘Malaysia Madani’, Tekat Perpaduan Penuh Harapan

oleh admin

ALOR SETAR – Pelbagai cara dilakukan bagi meraikan Hari Kebangsaan yang akan disambut pada Khamis ini (esok). Begitu juga dengan dedikasi yang ditunjukkan oleh guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar, Alor Setar apabila berjaya menyiapkan kain rentang bertemakan ‘Malaysia Madani, Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’.

Guru Kanan Kokurikulum, Siti Bakhis Abdul Razak berkata, sebanyak 200 tapak tangan murid tahun lima dan enam ditekap pada kain berukuran 3X3 meter bagi menterjemahkan semangat patriotisme.

Generasi dia orang ini sebagai generasi zaman sekarang yang merupakan generasi anak, cucu, cicit merdeka kita nak bagi dia orang rasa tentang cintakan negara nak bagi rasa semangat tu nak wujudkan balik semangat tu jadi nak dia orang ambil sebagai peluang ataupun take part lah dalam sambutan merdeka ini supaya dia orang dapat rasa nilai tersebut bertapa pentingnya nilai kecintaan pada negara.

Sementara itu menurut Guru Besar, Amri Abdul Latif, program itu dianjurkan bertujuan melahirkan rasa bangga pelajar sekolah itu sebagai warganegara Malaysia, menghayati erti di sebalik kemerdekaan dan menterjemahkannya dalam kehidupan seharian mereka.

Katanya, program itu bukan sahaja bermatlamat mendidik anak bangsa untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan anasir negatif, tetapi juga mengutamakan nilai baik sebagai rakyat di negara bermasyarakat majmuk seperti perpaduan, kerjasama dan keamanan.

Katanya, setiap dari murid akan diberi lima pilihan pemakaian busana kepahlawanan melayu antaranya Hang Tuah lima bersaudara, Mat Kilau, Tun Fatimah dan Teja, celoreng tentera, dan t-shirt merdeka ke-66.

Tema pakaian kita pelbagaikan mengikut traditional iaitu pakaian busana melayu dan jalur gemilang dan juga kepahlawanan dan celoreng dan satu lagi baju kebangsaan pelajar boleh memilih mana-mana tema yang bersesuaian selari dengan semangat kemerdekaan jadi program ini untuk memupuk semangat sambutan kemerdekaan bagi mendidik anak-anak menghargai pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com