Thursday, 21, November, 2024
Utama Ekonomi KSP RMK12 rungkai tahap pembangunan negara, sosioekonomi rakyat – Anwar

KSP RMK12 rungkai tahap pembangunan negara, sosioekonomi rakyat – Anwar

oleh admin

KUALA LUMPUR – Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini bakal merungkai pelbagai perkara berkaitan tahap pembangunan negara dan sosioekonomi rakyat untuk penggal 2021-2025.

Demikian menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam catatan menerusi Facebook beliau.

“Insya-Allah, pada 10 pagi sebentar lagi saya akan membentangkan KSP RMK12,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Menurut takwim persidangan Dewan Rakyat menerusi laman rasmi Parlimen, pembentangan KSP RMK12 pagi ini akan diteruskan dengan sesi perbahasan oleh Ahli Parlimen selama tiga hari bermula esok diikuti jawapan oleh kementerian berkaitan pada 18 dan 19 Sept.

Pembentangan KSP RMK12 akan disiarkan secara langsung menerusi YouTube Parlimen Malaysia dan beberapa saluran televisyen.

Antara lain, Persidangan Khas Dewan Rakyat ini amat penting bagi negara kerana kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bakal memeta hala tuju negara dalam usaha mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan mampan dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global dan kedudukan kewangan kerajaan serta pencapaian dua tahun pertama bagi tempoh 2021-2022 RMK12.

Pada mesyuarat ini, Ahli Parlimen wajar menunjukkan solidariti menyokong usul khas Perdana Menteri walaupun berbeza parti dan ideologi perjuangan kerana matlamat utama perlu difikirkan adalah bagaimana untuk memastikan RMK-12 dapat dijayakan dengan berkesan demi mewujudkan kestabilan dan kemakmuran negara.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com