Friday, 22, November, 2024
Utama Nasional PM gulung Kajian Separuh Penggal RMK12 petang ini

PM gulung Kajian Separuh Penggal RMK12 petang ini

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada 4.30 petang ini.

“Terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan sejak minggu lalu dan insya-Allah saya akan menjawab persoalan yang dibangkitkan petang ini,” katanya dalam catatan menerusi Facebook hari ini.

KSP RMK12 dibentangkan Perdana Menteri pada 11 Sept lepas bermatlamatkan “Malaysia MADANI: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi”, dengan memperkenalkan 17 anjakan utama sebagai pemangkin utama melalui 71 strategi dan inisiatif utama bagi menghasilkan keberhasilan yang disasarkan.

KSP RMK12 ialah jaminan teguh kerajaan dalam memenuhi tuntutan reformasi yang diharapkan rakyat, sekali gus memaknai semangat Malaysia MADANI.

Sesi perbahasan usul KSP RMK12 berlangsung selama tiga hari bermula 12 Sept lepas dan disusuli dengan penggulungan oleh kementerian berkaitan selama dua hari bermula semalam.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com