Monday, 29, April, 2024
Utama Sukan JDT buru tiga mata berdepan Kawasaki Frontale

JDT buru tiga mata berdepan Kawasaki Frontale

oleh Ammar Haziq

JOHOR BAHRU – Johor Darul Tazim mahu memanfaatkan kelebihan laman sendiri apabila menerima kunjungan Kawasaki Frontale bagi saingan Kumpulan I Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2023/2024 di  Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini.


Pengendalinya, Esteban Solari berkata, mereka mahu memburu tiga mata pertama terlebih dahulu ke atas naib juara liga utama Jepun (J1 League) musim 2023 itu walaupun satu perkara yang sukar.


Menurutnya, Kawasaki Frontale adalah pasukan yang bagus dengan jurulatih yang sudah enam tahun bersama pasukan tersebut.


“Kami sudah bersedia dan perlu tingkatkan tahap apabila bermain di kejohanan ini untuk bersaing dengan mereka. Perlawanan pertama sememangnya penting dalam mana-mana kejohanan dan kami mahu buktikan apa yang kami telah berlatih selama sembilan bulan dan akan lakukan corak permainan yang sama tetapi kami perlu tingkatkan tahap kerana mereka beraksi di liga yang sangat baik.


“Apa yang penting adalah aksi ini akan menyaksikan perlawanan terbuka dengan kedua-dua pasukan akan bermain bola sepak yang baik dan ini adalah peluang untuk kami menilai tahap kami tetapi saya yakin kami boleh bersaing kerana kami mempunyai kualiti,” katanya.


Jelasnya, Forestieri baru sahaja menjalani latihan bersama rakan sepasukan sejak tiga hari lalu manakala Diogo sudah 10 hari menjalani latihan tapi beliau masih perlu melihat tahap kecergasan mereka dahulu sebelum membuat keputusan sama ada mahu meletakkan mereka dalam kesebelasan utama.


“Situasi yang berbeza musim lalu tetapi ianya masih perlawanan yang baik dan Frontale tunjukkan mereka suka bermain dengan pantas dan mereka dilihat lebih baik musim ini tetapi kami perlu tenang dan bermain cara kami.


“Mereka mempunyai pemain yang berkualiti yang bemain di Eropah malah pemain tempatan mereka juga berbakat tetapi apa yang penting bagi kami ialah kami hanya fokus kepada diri kami dan tingkatkan tahap permainan,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com