Monday, 25, November, 2024
Utama Nasional Rombakan Kabinet dilaksanakan untuk penuhi tuntutan semasa negara

Rombakan Kabinet dilaksanakan untuk penuhi tuntutan semasa negara

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA: Rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan hari ini yang dilaksanakan buat kali pertama selepas kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melangkaui usia setahun, bertujuan untuk membuat penyesuaian dalam memenuhi tuntutan dan keadaan semasa.

Dalam sidang media pengumuman barisan Jemaah Menteri baharu, beliau yang mengekalkan portfolio Menteri Kewangan berkata rombakan dibuat kerana setiap perubahan dari segi perkembangan ekonomi, permasalahan rakyat termasuk kos sara hidup, harus ditangani dengan baik.

“Penerimaan di peringkat antarabangsa yang memerlukan tugas di Kementerian Luar (penting), isu pendidikan, pendidikan tinggi, terutama dalam beberapa usaha kita meneroka bidang baharu.

“Ia seperti kecerdasan buatan (AI), transformasi digital.. yang menyebabkan saya memikir semula untuk membuat sedikit sebanyak penyesuaian (dalam Kabinet) dengan melihat kepada keadaan dan tuntutan semasa,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com