Sunday, 19, May, 2024
Utama Nasional Rombakan Kabinet: Kepimpinan KKM perlu berpengalaman urus kementerian

Rombakan Kabinet: Kepimpinan KKM perlu berpengalaman urus kementerian

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA : Individu yang menerajui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan pengalaman yang luas berkaitan kementerian berkenaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, ini kerana kementerian berkenaan dibebani pelbagai cabaran serta masalah daripada kepimpinan sebelum dan cabaran semasa.

Selain itu, beliau berkata, KKM tidak ketinggalan dihambat dengan cabaran untuk mengimbangi tuntutan rakyat dan isu terkait kesihatan dalam konteks semasa.

“Pertamanya, pengalaman itu diperlukan, saya percaya boleh diberikan fokus yang lebih kukuh di Kementerian.

“Kementerian Kesihatan juga dibebankan dengan banyak masalah. Sebahagiannya diwarisi, sebahagiannya untuk memenuhi tuntutan rakyat untuk tuntutan kesihatan yang lebih baik.” Katanya pada sidang media pengumuman rombakan Kabinet di sini.

Dalam sidang media itu, Anwar mengumumkanAhli Parlimen Kuala Selangor yang juga bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, kembali memegang portfolio Menteri Kesihatan menggantikan Dr Zaliha Mustafa.

Dr Zaliha pula berpindah portfolio di Kementerian Wilayah Persekutuan yang sebelum ini dibubarkan bagi mewujudkan Jabatan Wilayah Persekutuan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com