Malaysia longlai pada aksi pertama Kumpulan E Piala Asia 2023 apabila tunduk 0-4 kepada Jordan di Stadium Al Janoub, Qatar.
Pada aksi pertama Harimau Malaya itu, bekas pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC, Mahmoud Al Mardi meletakkan Jordan seawal minit ke-11 selepas tendangan lencongannya itu berjaya mengeliru Syihan Hazmi untuk meletakkan pasukan itu di hadapan 0-1.
Lawan terus mengandakan jaringan menerusi Musa Al Tamari menerusi tendangan penalti selepas Video Assistant Referee (VAR) menunjukkan Matt Davies melakukan kekasaran ke atas Yazan Al Naimat di dalam kotak penalti pada minit ke-18 untuk kedudukan 0-2.
Mahmoud terus melakarkan jaringan kedua peribadinya pada minit ke-32 untuk meletakkan Jordan 0-3 selesa di hadapan pada minit ke-32 dan kedudukan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua, ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon melakukan rombakan dengan memasukkan beberapa pemain seperti Safawi Rasid, Paulo Josue dan Shahrul Saad.
Beberapa percubaan berjaya dicipta Harimau Malaya namun namun benteng pertahanan dan penjaga gol Jordan menafikan peluang tersebut.
Musa Al Taamari melengkapkan keputusan kepada 0-4 selepas berjaya menjaringkan gol pada minit ke 85 di saat Malaysia mengandakan asakan serangan ke pintu gol pasukannya.
Seterusnya Malaysia akan meneruskan aksi kumpulan berdepan Bahrain pada Sabtu, 20 Januari 2024 jam 10.30 malam waktu tempatan.
Manakala Jordan pula berdepan gergasi Asia, Korea Selatan yang menumbangkan Bahrain 3-1 pada perlawanan pertama.