Friday, 10, May, 2024
Utama Sukan Piala Asia : Peluang Malaysia lakar sejarah mara pusingan kalah mati

Piala Asia : Peluang Malaysia lakar sejarah mara pusingan kalah mati

oleh Ammar Haziq

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu pasukan bolasepak negara tidak mensia-siakan peluang beraksi di pentas Piala Asia 2023 selepas kali terakhir melakukan pada 1976 dan 1980 serta 2007 (layak selaku tuan rumah bersama).

Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Harimau Malaya mara secara merit selepas menunggu selama 43 tahun.

“Piala Asia ini umpama Mini Piala Dunia kerana ia pentas tertinggi di peringkat Asia yang mana kita sendiri hanya berjaya layak ke pusingan akhir secara merit selepas menunggu selama 43 tahun.

“Pencapaian Malaysia di Piala Asia pada tiga edisi sebelum ini sekadar di peringkat kumpulan pada 1976 dan 1980 serta 2007 (layak selaku tuan rumah bersama). Jadi inilah peluang terbaik untuk kita mencipta satu lagi sejarah, mara ke peringkat kalah mati buat kali pertama” katanya.

Beliau hadir ke sesi latihan skuad Harimau Malaya di Qatar University, malam tadi bagi memberikan amanat terakhir sebelum Malaysia memulakan kempen Piala Asia 2023.

Skuad kendalian Kim Pan Gon itu akan membuka tirai saingan Kumpulan E bertemu Jordan pada pagi esok (1.30 pagi Selasa, waktu Malaysia), sebelum berdepan Bahrain pada Sabtu, 20 Januari dan Republik Korea pada Khamis, 25 Januari 2024.

Tambahnya, kepada sebahagian pemain, terutamanya pemain-pemain senior, beliau percaya ia menjadi pentas terpenting untuk memberikan persembahan terbaik kerana mungkin tidak berpeluang untuk beraksi lagi pada Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com