Thursday, 2, May, 2024
Utama Sukan Piala Asia : Pan Gon minta maaf, pemain gugup

Piala Asia : Pan Gon minta maaf, pemain gugup

oleh Ammar Haziq

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon memohon maaf kepada penyokong setia pasukan tersebut selepas tewas 0-4 kepada Jordan pada aksi pertama Kumpulan E Piala Asia 2023, pagi ini.

Menurutnya, Jordan yang menghuni ranking 87 dunia diakui bermain lebih baik secara fizikal dan taktikal berbanding pasukannya menyaksikan pemainnya gugup dan gagal memberikan saingan.

“Saya mohon maaf kepada peminat dan pemain sudah cuba beri saingan tapi kita tidak mampu beri tentang kepada Jordan,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan tamat.

Jelas Pan Gon, jentera serangan Jordan dilihat cukup tajam dan gagal dikekang oleh pemainnya yang tampil buat kali pertama di pentas tertinggi Asia itu selepas tahun 2007 selaku pasukan tuan rumah bersama.

Menurutnya lagi, beliau mengucapkan tahniah kepada Jordan kerana berjaya memberikan persembahan terbaik pada perlawanan tersebut.

Malaysia yang kini menghuni tangga tercorot Kumpulan E selepas ini akan turun menentang Bahrain pada Sabtu.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com