Saturday, 23, November, 2024
Utama Nasional Pengasas KK Mart mohon maaf kepada Agong dan umat Islam

Pengasas KK Mart mohon maaf kepada Agong dan umat Islam

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan di Istana Negara pada Rabu.

Sesi mengadap Seri Paduka Baginda berlangsung selama 15 minit.

Pada sesi mengadap itu, Dr Chai memohon ampun dan maaf kepada Seri Paduka Baginda serta seluruh umat Islam berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah ‘Allah’ di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Seri Paduka Baginda bertitah menekankan semua pihak termasuk KK Mart supaya lebih berhati-hati terhadap produk yang dijual khususnya barangan import bagi mengelakkan perkara sedemikian berulang.

“Semua pihak mesti lebih bertanggungjawab. Jangan pisang berbuah dua kali dan saya harap ini kali terakhir saya perlu menegaskan perkara ini,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO).

“Sekali lagi, saya tegaskan jangan ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas perkara ini, termasuk menghasut rakyat.

Saya tidak mahu perkara ini berlarutan,” titah Seri Paduka Baginda.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com