Sunday, 8, September, 2024
Utama Negeri MAQIS tahan ubi keledek bernilai lebih RM142,000

MAQIS tahan ubi keledek bernilai lebih RM142,000

oleh Ammar Haziq

BUKIT KAYU HITAM– Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kedah menahan 7,833.60 (kg) ubi keledek bernilai lebih RM142,401.96 di pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Rabu lalu.

Menurut Pengarah MAQIS Negeri Kedah, Tuan Hisham bin Abu Bakar, hasil pemeriksaan yang dilakukan, seberat 7,833.60 kg ubi keledek yang diimport daripada negara Thailand tidak mematuhi syarat import yang sah seperti yang dinyatakan dalam permit, lesen atau perakuan dan kesemua barangan ini ditahan untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, kes di siasat di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tidak melebihi enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Tindakan penguatkuasaan undang-undang melalui operasi bersama agensi akan terus diperkasakan bagi memastikan tumbuhan, karkas, ikan dan hasilan pertanian bebas daripada ancaman perosak dan penyakit berjangkit serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com