Saturday, 27, July, 2024
Utama Politik “Gelombang hijau mula melemah, menurun” – Amanah Kedah

“Gelombang hijau mula melemah, menurun” – Amanah Kedah

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Pengerusi AMANAH Kedah, Asmirul Anuar Aris menyifatkan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) adalah petanda jelas bahawa rakyat khususnya pengundi dii Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu semakin  yakin dengan hala tuju Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk  Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, keputusan tersebut menyaksikan berlaku anjakan undi kaum Melayu yang amat signifikan kepada calon PH, di mana undi perolehi ialah sebanyak 41 peratus berbanding sebanyak 39 peratus undi Melayu diperolehi calon Perikatan Nasional (PN).

“Di samping undi Melayu, undi dari kaum cina dan India juga mengatasi undian diperolehi calon PN

“AMANAH Kedah optimis keputusan PRK Kuala Kubu Baru menyebelahi calon PH ia adalah petunjuk bahawa gelombang hijau ketika PRU 15 lalu sudah mula melemah dan menurun secara signifikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, jika momentum tersebut terus berlaku pada PRU 16 depan,  gabungan parti politik Kerajaan Perpaduan berpeluang besar menawan dua buah negeri dikuasi Perikatan Nasional iaitu Kedah, dan Perlis.

Walau bagaimanapun Asmirul mengakui bahawa, pihaknya perlu melaklukan kerja lebih keras, terutama mendekati rakyat memberi penjelasan tentang apa sedang berlaku di bawah pentadbiran  Kerajaan Perikatan Nasional Kedah dan Perlis ketika ini. Di samping, menerangkan tentang dasar dan program dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com