Friday, 3, May, 2024
Utama Negeri Hasrat perdana menteri bertemu agamawan negeri kedah

Hasrat perdana menteri bertemu agamawan negeri kedah

oleh admin

JERLUN : Melahirkan ramai tokoh agamawan negara dan negeri sehingga manambat hati Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk datang ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdhah Hasanah Melele di Jalan Kodiang dekat Kubang Pasu pada Sabtu ini (17 Jun).

Menurut Pengetua SMA Nahdhah Hasanah, Syeikh Dr Mohd Jamil Sadaqi Tajuddin ia merupakan hasrat Perdana Menteri sejak beliau mula mengambil alih pentadbiran negara ini pada penghujung November tahun lepas, untuk bertemu agamawan di Kedah.

Syeikh Mohd Jamil berkata hasrat Perdana Menteri akan menjadi kenyataan pada Sabtu ini apabila majlis pada hari itu turut menghimpunkan golongan agamawan di Kedah termasuk mudir sekolah agama, guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), imam dan pegawai masjid sejajar dengan konsep Islam Madani.

Pengetua SMA Nahdhah Hasanah, Syeikh Dr Mohd Jamil Sadaqi Tajuddin

Beliau berkata kehadiran Perdana Menteri menjadi lebih ‘manis’ kerana pada hari itu turut diadakan sambutan jubli intan sempena 75 tahun penubuhan sekolah Nahdhah Hasanah.

Kedatangan beliau ini adalah hasil daripada minat beliau terhadap sekolah-sekolah agama dan mengagumi ulama-ulama, beliau pernah bertemu dengan saya selepas sahaja mengangkat sumpah sebagai jawatan Perdana Menteri mula-mula sekali yang beliau sebut adalah keinginan beliau untuk bertemu para ulama dan agamawan. Acara utama sekali bertemu semua ulama di setiap ulama di seri perdana dan itu lah gagasan yabg dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Syeikh Mohd Jamil berkata sekolah yang telah beroperasi sejak 75 tahun lalu pernah dikunjungi pemimpin nombor satu negara ketika itu yang memegang jawatan Menteri Pendidikan pada 1987.

Beliau berkata, jasa pemimpin itu kepada warga sekolah berkenaan masih lagi ‘kukuh’ apabila Anwar dalam lawatan itu turut memberi peruntukan untuk pembinaan lima kelas bagi kemudahan pembelajaran.

Pada ketika itu beliau memantau tentang apa-apa permasalahan di sekolah agama dan beliau menyatakan keinginan untuk membantu maka pada ketika itu pihak sekolah kekurangan bilik darjah jadi beliau berkenan dan bersetuju untuk membina lima bilik darjah satu block bangunan yang mengandungi lima buah bilik darjah itulah sumbangan pertama beliau di sekolah ini. Sebagai kenangan dalam peristiwa tersebut beliau sempat menanam pokok ashoka di hadapan sekolah dan pokok itu masih wujud sampai sekarang.

Jelas Syeikh Mohd Jamil sekolah agama ini mula beroperasi pada awal 1948 dengan sembilan pelajar dan dikendalikan mudir pertama sekolah iaitu Datuk Syeikh Tajuddin Abdul Rahman.

Katanya, idea penubuhan sekolah menengah agama ini tercetus pada tahun 1946 oleh penduduk kampung yang memberikan cadangan kepada ketua kampung dan imam supaya mewujudkan sekolah agama di kawasan itu untuk pendidikan agama setempat.

Syeikh Mohd Jamil berkata bapanya, Syeikh Tajuddin dilantik sebagai guru di sekolah itu sebaik menamatkan pengajian di Makkah pada penghujung 1946 dan seterusnya menerajui sekolah berkenaan yang dahulunya disebut Madrasah sebelum bertukar status kepada SMA pada 70-an.

Katanya, ketika ini terdapat 400 pelajar tingkatan satu hingga enam, dengan 34 orang guru dan turut mempunyai pelajar luar negara seperti dari Filipina, Kemboja, Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Syeikh Tajuddin pernah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dari 1996 hingga 1999, meninggal dunia pada 2000.

Beliau berkata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor merupakan bekas pelajar sekolah agama itu pada era 50-an.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com