Tuesday, 17, September, 2024
Utama Sukan BDB Jitra Duathlon rancakkan siri kedua BDB Challenge 2024

BDB Jitra Duathlon rancakkan siri kedua BDB Challenge 2024

oleh Ammar Haziq

JITRA – Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) buat julung kalinya telah menganjurkan Kejohanan BDB Jitra Duathlon 2024 bagi Siri Kedua BDB Challange 2024 di Perbandaran Darulaman, di sini.

Kejohanan yang menerima sambutan hangat dan menggalakkan daripada penggemar sukan lasak dari seluruh negara ini menyaksikan 300 orang peserta telah mengambil bahagian dalam acara yang sememangnya mencabar kemampuan dan kekuatan mental serta fizikal setiap perserta. 

Para peserta di kejohanan ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Road Bike – Individual (Lelaki & Wanita) & Relay, Mountain Bike – Individual (Lelaki & Wanita) & Relay  dan Folding Bike – Individual ((Lelaki & Wanita) & Relay. 

Menurut Ketua Pegawai Operasi BDB, Mohd Sobri Hussien, penganjuran BDB Jitra Duathlon 2024 ini berlangsung di Perbandaran Bandar Darulaman yang merupakan lokasi riadah yang dibangunkan oleh Kumpulan BDB sejak 40 tahun yang lalu. 

“Di dalam Perbandaran Bandar Darulaman juga turut mempunyai satu lokasi aktiviti sukan dan riadah yang sangat popular oleh penduduk setempat yang dikenali sebagai Darulaman Park”. 

“Menerusi Kejohanan BDB Jitra Duathlon ini juga, kami juga berharap dapat mempromosikan Darulaman Park sebagai salah satu lokasi pilihan bagi sebarang penganjuran ‘Sport Tourism’ terutamanya di daerah Kubang Pasu dan dalam masa yang sama menggalakkan industri pelancongan negeri Kedah,” katanya dalam kenyataan.

Pelepasan para peserta tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Dato’ Wira Haji Isahak Murat diiringi oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali dan Ketua Pegawai Operasi BDB, Mohd Sobri Hussein yang mewakili Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman. 

BDB Jitra Duathlon 2024 merupakan acara separa Triathlon di mana ia melibatkan acara disiplin larian dan berbasikal yang perlu ditempuhi oleh para peserta yang berlangsung sepenuhnya di Perbandaran Bandar Darulaman. 

Jarak yang perlu diharungi dalam kejohanan BDB Jitra Duathlon 2024 adalah sejauh 40 kilometer (km) di mana peserta diwajibkan berlari sejauh 5km dan kemudiannya berbasikal sejauh 30km seterusnya diakhiri dengan larian 5km sehingga ke garisan penamat. 

Pemenang bagi kategori Road Bike – Individual lelaki telah berjaya dirangkul oleh Muhammad Izzat Fahmi Ahmad Tajudin manakala bagi kategori Road Bike – Individual wanita pula dimenangi oleh Tahira Najmunisaa manakala bagi kategori Relay dimenangi oleh pasukan Elves Malaysia yang mana  kesemua mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan trofi. 

Manakala bagi kategori Mountain Bike – Individual (Lelaki & Wanita) & Relay  pula dimenangi oleh Indra Abu Nawas, Naimah Yunus, dan pasukan Absolute Race yang mana kesemua mereka memenangi hadiah wang tunai RM500 dan trofi. 

Untuk kategori Folding Bike – Individual (Lelaki & Wanita) & Relay pula menyaksikan Sufiyan Abdul Samad, Azrieynaiena and pasukan Mahsuri Folding merangkul kejuaraan dan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan trofi. 

Terdahulu, Kejohanan BDB Langkawi Climb menjadi acara yang dianjurkan bagi siri pertama BDB Challenge 2024 yang diadakan di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Kedah dan telah menarik penyertaan seramai 400 orang. 

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com