Monday, 29, April, 2024
Utama Sukan Selamat bertugas lagenda bolasepak Hijau Kuning, Yb Radhi!

Selamat bertugas lagenda bolasepak Hijau Kuning, Yb Radhi!

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Lagenda bolasepak Kedah, Muhammad Radhi Mat Din telah dilantik salah seorang daripada 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Kedah pada Isnin.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu itu telah diamanahkan mengalas tanggungjawab menjaga portfolio kepenggunaan, kos sara hidup dan belia & sukan bagi penggal baharu.


Muhammad Radhi selesai mengangkat sumpah sebagai Exco di hadapan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit pada pagi isnin.

Beliau yang cukup terkenal dengan jolokan Kapten Marvel adalah pemain legenda yang beraksi bersama pasukan Kedah sejak 1986 hingga 2000 dan antaranya selain kejuaraan yang dikecapi zaman 90an.


Muhammad Radhi juga merupakan pemain Kedah yang telah beraksi tujuh kali pada perlawanan akhir Piala Malaysia. 


“Alhamdulillah selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah bagi penggal baru. Saya telah diamanahkan dengan portfolio kepenggunaan, kos sara hidup dan belia & sukan. 


“Semoga dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT untuk memikul tanggungjawab ini insaAllah,” katanya yang juga salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Pada Pilihan Raya Negeri 2023 pada 12 Ogos lalu, Muhammad Radhi yang mewakili Perikatan Nasional memenanggi DUN Alor Mengkudu dengan majoriti 9,671 undi selepas meraih 18,500 undi bagi menewaskan Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Mahfuz Omar yang memperolehi 8,829 undi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com