Wednesday, 4, December, 2024
Utama Negeri Warga emas maut kemalangaan, tidak sempat beli roti canai untuk cucu

Warga emas maut kemalangaan, tidak sempat beli roti canai untuk cucu

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal dinaiki bersama cucu perempuannya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta berhampiran Taman Puteri, Pokok Sena, pada Selasa.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Ismail Mat, 79, mahu pergi membelikan roti canai untuk cucunya, Arissa Azim, 3 tahun.

Kejadian dipercayai berpunca daripada motosikal ditunggang mereka telah dilanggar sebuah kereta yang datang dari arah Kuala Nerang menuju ke Alor Setar.

Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan manakala Arissa pula cedera di bahagian kepala.

Anak mangsa,Khashida Ismail, 23, berkata, bapanya teringin hendak makan roti canai di seberang jalan sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Menurutnya, arwah bapanya kebiasaannya membawa Arissa makan di kedai di hadapan rumah mereka.

Tambahnya, arwah bapanya ada menunjukkan beberapa perubahan termasuklah kerap belanja orang namun dia tidak menyangka ia petanda bapanya akan pergi mengadap Illahi.

“Jikalau tidak bekerja, saya akan berniaga pisang goreng dan arwah bapa selalu menawarkan diri untuk belanja pelanggan yang datang membeli sejak beberapa hari lepas.

“Arwah bapa bukan belanja seorang dua, tetapi ramai dan tidak sangka itu petanda bapa akan pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Menurut anggota Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kubang Pasu itu, jenazah bapanya selamat dikebumikan di Sungai Petani pada petang hari sama.

Khashida memberitahu, anak perempuannya kini masih tidak sedarkan diri dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com