Wednesday, 4, December, 2024
Utama Negeri GSGSG UUM, Alumi 4B santuni mangsa banjir

GSGSG UUM, Alumi 4B santuni mangsa banjir

oleh Ammar Haziq

PADANG TERAP – Prihatin dengan bencana banjir yang melanda beberapa daerah di Kedah, Ghazali Shafie Graduate School Of Government (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama Alumni 4B turut turun padang bagi membantu meringankan beban mereka yang terjejas.

Timbalan Dekan GSGSG UUM, Prof Madya Dr. Kamarul Azman Khamis berkata, beliau bersama Alumni 4B, Shukri Ahmad turun dan menyantuni mangsa banjir dengan menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Menurutnya, mereka turun ke kawasan Kampung Pokka, Kuala Nerang untuk melihat sendiri keadaan rumah mangsa yang terkesan akibat banjir.

“Kami memberikan sumbangan wang tunai dan hamper yang diharapkan dapat meringankan sedikit sebanyak beban mangsa terlibat. Mangsa diharap tabah menghadapi ujian ini,” katanya.

Ujarnya, selain menyampaikan sumbangan, mereka juga memberikan sedikit motivasi dan kata-kata semangat untuk memberi dorongan dan sokongan kepada mangsa banjir.

“Banjir yang melanda ini telah menenggelamkan banyak rumah di kawasan Padang Terap,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com