Sunday, 19, January, 2025
Utama Negeri Bantuan khas RM80,000 buat mangsa kebakaran Tanjung Dawai

Bantuan khas RM80,000 buat mangsa kebakaran Tanjung Dawai

oleh Ammar Haziq

SUNGAI PETANI – Sebanyak 16 keluarga mangsa kebakaran rumah di Tanjung Dawai yang berlaku Ahad lalu telah menerima peruntukan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjumlah RM80,000.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, kepada ketua isi rumah terbabit di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Choong Cheng, Tanjung Dawai, dekat sini.

Muhammad Kamil menyatakan bahawa setiap keluarga menerima sumbangan RM5,000.

Mereka terdiri daripada 14 keluarga yang mengalami kerugian rumah musnah akibat insiden berkenaan serta dua keluarga lain yang kediaman mereka terjejas dan turut ditempatkan di PPS.

“Saya dimaklumkan bahawa kita masih menunggu laporan pihak bomba untuk mengetahui lebih lanjut apa punca kebakaran itu,” kata Muhammad Kamil kepada pemberita di PPS tersebut.

Menurutnya, beliau Perdana Menteri untuk turun berjumpa dengan mangsa serta menyampaikan sumbangan berjumlah RM80,000 kepada 16 keluarga yang terkesan.

Muhammad Kamil juga menyatakan bahawa mangsa akan berada di PPS itu sehingga suatu tempoh yang belum dapat dipastikan.

Perbincangan turut diadakan dengan pihak pengurusan PPS untuk melanjutkan tempoh penempatan hingga mangsa dapat berpindah ke kediaman lain yang lebih selesa.

“Saya meminta jawatankuasa penduduk untuk sedaya upaya membantu mangsa mencari penempatan baharu. Jika sukar mendapatkannya di kawasan sini, terpaksa keluar jauh sedikit kerana tiada pilihan,” tambahnya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com