Thursday, 21, August, 2025
Utama Nasional Kerajaan terus perjuang keadilan untuk semua rakyat – PM

Kerajaan terus perjuang keadilan untuk semua rakyat – PM

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan terus memperjuangkan keadilan untuk seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang kaum, sama ada majoriti atau minoriti.

Bercakap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini pada Rabu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, setiap dasar dan pendekatan kerajaan perlu dilaksanakan secara adil serta mengambil kira keperluan rakyat.

“Kalau kita mahu selamatkan negara, kita mesti pastikan keadilan itu untuk semua – baik majoriti atau minoriti. Kita tidak mahu berdepan dengan tyranny of the majority mahupun tyranny of the minority, pendekatan kita harus lebih seimbang dan adil,” katanya.

Menurut Anwar, kerajaan sentiasa terbuka mendengar pandangan melalui dialog berterusan bagi memperbaiki kelemahan dalam pelaksanaan dasar, termasuk Belanjawan 2026 yang sedang disediakan.

“Apa-apa kelemahan kita akan baiki. Tidak semua yang kita lakukan sempurna, sebab itu dialog dengan semua pihak mesti diteruskan agar belanjawan dapat diubah suai dan diperbaiki,” ujarnya.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com