Tuesday, 14, May, 2024
Utama Nasional Zon konflik selatan Thailand dijadikan zon perdagangan

Zon konflik selatan Thailand dijadikan zon perdagangan

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA: Thailand dan Malaysia komited untuk menoktahkan konflik di sempadan kedua-dua negara dengan menukar kawasan itu kepada zon perdagangan.

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, berkata perkara itu dipersetujui bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat dua hala semalam.

“Antara isu yang kami bincangkan adalah mengenai keselamatan terutama di utara Malaysia dan selatan Thailand dan ini adalah perkara yang menjadi keutamaan kepada kedua-dua kerajaan.

“Kami bersetuju untuk menukarkan zon ‘peperangan kecil’ ini kepada zon perdagangan,” katanya pada sidang media bersama Anwar sempena lawatan kerjanya ke Malaysia.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com