Sunday, 7, September, 2025
Utama Mahkamah & Jenayah Sindiket SMS scam tumpas, RM100,000 barang dirampas

Sindiket SMS scam tumpas, RM100,000 barang dirampas

oleh Ammar Haziq

CYBERJAYA – Sindiket penipuan SMS palsu menggunakan peralatan telekomunikasi haram dikenali sebagai Fake Base Transceiver Station (Fake BTS) berjaya ditumpaskan menerusi operasi khas hasil kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam operasi bersepadu dikenali sebagai Op Pancing, seorang individu ditahan ketika mengendalikan peralatan terbabit dalam sebuah kenderaan berhampiran pusat membeli-belah utama di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pemeriksaan mendapati alat komunikasi yang berfungsi sebagai Fake BTS itu berada dalam keadaan aktif dan ujian frekuensi mengesahkan ia digunakan untuk menghantar SMS palsu berunsur pautan phishing serta mesej berkaitan perjudian.
Susulan penahanan tersebut, pasukan siasatan menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat di Kota Kemuning, Shah Alam yang dijadikan tempat penyimpanan kenderaan serta kelengkapan komunikasi berkaitan Fake BTS.

Melalui risikan, sindiket berkenaan dikesan menggunakan modus operandi baharu dengan mengubah suai peralatan Fake BTS untuk beroperasi secara mudah alih bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Secara keseluruhannya, sebanyak 45 barangan bernilai kira-kira RM100,000 telah dirampas, manakala seorang individu turut dirakam keterangan bagi membantu siasatan lanjut.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 239(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Selain itu, siasatan juga dijalankan di bawah Peraturan 34(5)(c) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000 yang membawa hukuman denda sehingga RM300,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

MCMC menegaskan pihaknya bersama PDRM akan terus memperhebatkan operasi bagi membanteras jenayah penipuan SMS dan mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap mesej yang meragukan terutama yang mengandungi pautan tidak sah.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com