Tuesday, 16, December, 2025
Utama EkonomiProjek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang tidak boleh ditangguh

Projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang tidak boleh ditangguh

oleh Ammar Haziq

PETALING JAYA:Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey tidak lagi boleh ditangguhkan memandangkan projek berkenaan merupakan inisiatif strategik yang penting bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam sektor pelabuhan dan logistik serantau.

Anwar yang mempengerusikan mesyuarat berhubung projek itu berkata kerajaan mengambil pendirian tegas untuk mempercepatkan pelaksanaannya selepas melalui tempoh perancangan dan perbincangan yang panjang.

“Kita tidak ada ruang untuk berlengah. Projek ini sudah lama menunggu dan manfaat ekonominya terlalu besar untuk ditunda lagi,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor telah mencapai persetujuan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek tersebut, manakala semua agensi berkaitan diarahkan bertindak segera bagi memastikan model pembangunan yang lebih cekap, tersusun dan berintegriti dapat direalisasikan.

Menurut Perdana Menteri, walaupun proses pembangunan dipercepatkan, kepentingan komuniti Orang Asli, penduduk setempat, nelayan serta pemeliharaan ekosistem perlu diberikan keutamaan.

“Pembangunan negara hanya bermakna sekiranya ia berjalan seiring dengan keadilan sosial dan tanggungjawab terhadap alam,” katanya.

Artikel Berkaitan