Saturday, 21, December, 2024
Utama Nasional Vern’s mohon maaf, akui rekaan logo boleh disalah tafsir

Vern’s mohon maaf, akui rekaan logo boleh disalah tafsir

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR – Pengurusan Vern’s telah dimaklumkan mengenai satu isu yang telah menyinggung ramai pihak terutama yang beragama Islam berkaitan logo kasut mirip kalimah Allah.

Syarikat tersebut dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sama sekali tidak berniat untuk menghasilkan reka bentuk logo yang bertujuan untuk memperlekeh atau menghina mana-mana agama atau kepercayaan.

“Dengan rasa rendah diri, kami pihak pengurusan ingin memohon kemaafan semua dan mengharapkan belas ihsan untuk diberikan ruang memperbaiki kesilapan yang telah berlaku.

“Ini adalah pengajaran yang sangat bernilai untuk kami memperhalusi dan lebih teliti dalam setiap keputusan yang diambil bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan,” katanya.

Menurutnya, mereka berharap agar diberikan ruang untuk menjelaskan reka bentuk logo tersebut.

“Untuk pengetahuan semua, logo ini 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi, seperti yang tertera di gambar yang dilampirkan.

“Bagaimanapun, kami akui terdapat kekurangan pada rekaan logo tersebut yang boleh mengakibatkan ia disalah tafsir, seterusnya menyinggung perasaan ramai pihak,” ujarnya.

Jelasnya, mereka elah mengambil langkah segera berhenti jual dan bersedia untuk memulangkan kembali wang kepada pelanggan yang telah membeli barangan tersebut.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com