Tuesday, 30, April, 2024
Utama Negeri Bekas pekerja Kedah Agro terima pampasan faedah penamatan perkhidmatan

Bekas pekerja Kedah Agro terima pampasan faedah penamatan perkhidmatan

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Seramai 20 orang bekas pekerja Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) menerima pampasan antara RM6,000 hingga RM30,000 seorang selepas perkhidmatan mereka ditamatkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI), Zafir Annuar Ghazali berkata, pembayaran pampasan faedah notis penamatan perkhidmatan pekerja tersebut adalah berdasarkan kontrak perkhidmatan masing-masing.

Menurutnya, pembayaran tersebut merupakan pelaksanaan janji yang telah dipersetujui antara pihak MBI dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) semasa perbincangan di Mahkamah Perusahaan pada 2 April yang lalu.

“Saya telah memenuhi janji saya untuk membayar pampasan yang telah dipersetujui sebelum ini,

“Insya Allah, dalam masa 2 hingga 3 bulan akan datang, tuan-tuan akan menerima gaji tunggakan seperti yang diminta,” katanya ketika menyampaikan cek kepada bekas staf KAHB di Wisma Darul Aman, di sini pada Ahad.

Pada Sabtu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Operasi anak syarikat MBI Kedah iaitu KAHB telah ditamatkan bagi membolehkan syarikat itu melunaskan tunggakan gaji dan hutang yang diwarisi sejak sekian lama.

Menurutnya, KAHB tidak boleh ditutup serta merta biarpun menanggung kerugian kerana masih terikat kepada komitmen tertentu.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com